dikendalikan oleh TM
MCMC
PI1M
Melugu, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai Pi1M
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim Pi1M
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

E-Learning – Pengaplikasian Asas Solekan Dalam Keusahawanan

20 Mei 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2017 jam bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 5.00 petang, PI1M Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu pengaplikasian asas solekan dalam keusahawanan dengan kerjasama dari En. Gillivray Augustine anak Tawau dan En. Joseph Garry yang merupakan jurumekap sambilan di Kampung Melugu. En. Gillivray menerangkan tentang maksud bidang solekan, pengaplikasiannya dalam bidang usahawan, serta pengenalan kepada 6 asas solekan kepada para peserta yang hadir.

En. Joseph Garry pula telah membuat demostrasi solekan asas terhadap model iaitu Cik Nini menggunakan alatan solekan yang dibawa khas oleh pihak mereka. Setelah itu, En. Gillivray telah menggalakkan para peserta untuk mengaplikasikan solekan kepada peserta yang lain sebagai cara untuk menguji pemahaman mereka.Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu selama 5 jam ini telah dihadiri seramai 4 orang peserta yang terdiri pelajar sekolah, lepasan sekolah dan surirumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.