Kisah Kejayaan

Pelajar Celik IT dengan bimbingan dari PI

Adik A’lora Muligon Lanan merupakan salah seorang ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Beliau berumur 13 tahun dan merupakan pelajar tingkatan 1 di SMK Melugu. Sebelum wujudnya PI Melugu, beliau hanya menggunakan komputer untuk melayari laman sosial dan menonton youtube. Beliau kurang terdedah dengan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Paint dan Powerpoint. Beliau juga sukar mendapatkan maklumat bagi tujuan pembelajaran kerana tidak mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan benar di internet.

Dengan bimbingan dari PI, adik A’lora Muligon Lanan semakin mahir menggunakan aplikasi yang terdapat dalam komputer dengan menghadiri kelas-kelas yang diadakan oleh pihak PI. Malah, beliau dapat menyiapkan kerja sekolahnya dengan lebih cepat dan mudah melalui aplikasi yang terdapat dalam komputer seperti Microsoft Words.


Chrisalleang Anak Tihim

Chrisalleang Anak Tihim merupakan seorang ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau kurang pengetahuan dalam menggunakan aplikasi komputer,etika menggunakan internet dengan betul dan kurang pendedahan tentang kemudahan teknologi pada masa kini.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu.Antara pelajaran yang dipelajari oleh Chrisalleang Anak Tihim sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah mempelajari tentang menggunakan Microsoft office seperti words,powerpoint dan excel.Selain itu,beliau juga mempelajari menggunakan Adobe Photoshop.Beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi.

Kini beliau sudah pandai menggunakan Microsoft Office seperti words,powerpoint dan excel dan menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Beliau juga tahu cara untuk mengedit gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop. Beliau juga terdedah dengan isu-isu yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label,E-waste dan Klik dengan bijak malah merupakan salah seorang penyumbang kepada E-waste.


Gilligivray Augustine Anak Tawau

Kisah kejayaan yang ingin dikongsikan ini adalah mengenai kehidupan seorang pemuda yang bernama Gilligivray Augustine Anak Tawau. Beliau baru berumur 25 Tahun,berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Seni dan sekarang menyandang jawatan sebagai Sales Executive di salah sebuah hotel ternama di Sri Aman. Meskipun demikian,beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang solekan dan dandanan. Oleh itu beliau menjadikan minat tersebut sebagai kerja sampingannya. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh beliau ialah solekan dan dandanan untuk Majlis pertunangan,Majlis perkahwinan,Majlis makan malam,Sesi fotografi untuk para model dan pertandingan kumang/ratu cantik.

Melihat kepada minat dan bakat yang terdapat dalam diri Gilligivray Augustine Anak Tawau ini,Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah memberi peluang dan sokongan kepada beliau dengan menyediakan bilik latihan untuk membolehkannya berkongsi tentang kisah kehidupannya supaya dapat membantu penduduk-penduduk nya yang lain untuk mengaplikasikan minat dan kemahiran yang terdapat pada diri sendiri dijadikan sebagai salah satu keusahawanan yang dapat menjana dan meningkatkan ekonomi di samping membantu diri sendiri.Melalui Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,perkhidmatan beliau lebih dikenali dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan sampingan beliau.


Lunta anak Julong

Pn. Lunta anak Julong berminat dalam pembuatan kraftangan. Sebelum ini, beliau menggunakan kreativiti dan bakat yang dimiliki untuk memperbaiki kelemahan dalam penghasilan kraftangan. Beliau sedar tentang penubuhan PI dalam membantu golongan usahawan untuk meningkatkan hasil pendapatan sampingan. Beliau telah mencari maklumat berkaitan kraftangan di laman web-laman web. Berikut adalah antara produk kraftangan yang dihasilkan oleh Pn. Lunta anak Julong dengan bantuan daripada anaknya.


Dorothy Mawi Aji

Pn. Dorothy Mawi Aji berminat dalam penjualan secara online yang menggunakan facebook sebagai platform selepas mendaftar sebagai ahli Smart Tycoon Group (STG) yang menjual perkakasan rumah dan produk kesihatan. Beliau sedar tentang penubuhan PI dalam membantu golongan usahawan untuk meningkatkan hasil pendapatan sampingan. Beliau sering mempromosikan produk jualan beliau menggunakan facebook dan whatsapp untuk menarik minat pelanggan yang ingin membeli produknya.


Ally Elvicia anak Wensley

Ally Elvicia anak Wensley merupakan ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau kurang pengetahuan dalam menggunakan aplikasi komputer, etika menggunakan internet dengan betul dan kurang pendedahan dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT pada masa kini.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Ally Elvicia anak Wensley sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah mempelajari tentang penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian dan pembelajaran. Beliau memanfaatkan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Youtube dengan lebih baik dan bijak. Beliau juga terdedah dengan isu-isu yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label, E-waste dan Klik dengan bijak malah beliau berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang lain.


Fabian Yen anak Gerunsin

Fabian Yen anak Gerunsin ialah ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau jarang menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel dalam pembelajaran. Beliau juga kurang pemahaman tentang kegunaan ICT dalam kehidupan seharian serta kurang terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT. Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menggunakan perkhidmatan di PI Melugu untuk mencari maklumat dan melayari media sosial seperti facebook dan youtube.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian dan dalam bidang pelajaran. Beliau juga terdedah dengan isu-isu yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label, E-waste dan Klik dengan bijak.


Eric anak Dom

Kisah kejayaan yang ingin dikongsikan ini adalah mengenai kehidupan seorang pemuda yang bernama Eric anak Dom. Beliau amat berbakat dalam pengendalian PA sistem dan sering diundang untuk menawarkan perkhidmatan beliau di majlis-majlis seperti Majlis Makan Malam, Majlis Perkahwinan dan Majlis Harijadi di kawasan yang berdekatan. Beliau sedar tentang kewujudan PI di Melugu dan telah menjadi ahli PI sejak awal penubuhan PI. Beliau juga sering datang untuk mendapatkan perkhidmatan dan sering menawarkan pertolongan dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan di PI serta merupakan sukarelawan di PI Melugu.

Melihat kepada minat dan bakat yang terdapat dalam diri Eric anak Dom ini, Pusat Internet 1 Malaysia Melugu telah memberi peluang dan sokongan kepada beliau untuk mengetengahkan bakat dan potensi dalam pengendalian sistem audio semasa Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Melugu yang berlangsung pada 26 Ogos 2017. Melalui Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, perkhidmatan beliau lebih dikenali dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan sampingan beliau.


Sem Umba anak Tarang

Sem Umba anak Tarang baru melibatkan diri dalam penjualan terapi resdung Herbanika dan makanan ringan berjenama Jeedjard. Beliau telah mengambil tempahan secara pukal (dropship). Beliau juga sudi mempamerkan produk jualan di PI Melugu untuk meningkatkan hasil jualannya. Selain itu, beliau sering mendapatkan perkhidmatan di PI Melugu seperti mencetak dan fotostat.


Daniel Voon

Daniel Voon merupakan ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau kurang terdedah dengan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Beliau juga sukar mendapatkan maklumat bagi tujuan pembelajaran kerana tidak mengetahui cara untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan benar di internet.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau kerap berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Daniel Voon sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah mempelajari tentang penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi dan menggunakan sepenuhnya PI Melugu untuk tujan pembelajaran.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian dan pembelajaran. Beliau memanfaatkan penggunaan media sosial seperti Facebook dan Youtube dengan lebih baik dan bijak. Beliau juga dapat mengenalpasti peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC dengan menyertai kelas advokasi serta turut berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain.


Jackson Chundi anak Bara

Jackson Chundi anak Bara merupakan ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu. Sebelum penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau jarang menggunakan Microsoft Office seperti Words dan Powerpoint dalam pembelajaran. Beliau juga kurang pendedahan dengan teknologi ICT, kurang berkemahiran dalam menggunakan teknologi ICT dan kurang terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia Melugu,beliau sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Melugu dan menggunakan PI Melugu sebagai tempat untuk belajar dengan mengikuti kelas-kelas yang diadakan.

Kini, beliau juga semakin mahir menggunakan ICT seperti E-learning, Microsoft Word dan Powerpoint serta memanfaatkan penggunaan media sosial seperti youtube dengan lebih baik untuk mencari maklumat. Beliau juga terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT seperti Check your label, E-waste dan Klik dengan bijak.


Vanida Eszah anak Douglas

Kisah kejayaan pada kali ini adalah mengenai kehidupan seorang gadis yang bernama Vanida Eszah anak Douglas. Vanida Eszah anak Douglas telah menjadi ahli PI Melugu sejak awal tahun 2017. Beliau mempunyai minat dan bakat dalam membuat kraftangan dan perhiasan yang berasaskan manik. Beliau turut mempamerkan produk buatan beliau di Pusat Internet 1 Malaysia Melugu bagi mempromosi barangan beliau.

Beliau juga mengambil tempahan pembuatan perhiasan mengikut cita rasa pelanggan dengan harga yang berpatutan. Selain itu, Vanida Eszah sering mendapatkan perkhidmatan seperti menggunakan komputer, mencetak dan fotokopi di PI Melugu.


Giner anak Bujang

Pn. Giner anak Bujang berminat dan berbakat dalam membuat kraftangan anyaman seperti bakul dan tempat untuk meletak surat. Beliau kerap melibatkan diri dengan aktiviti yang telah diadakan di PI Melugu dan menggunakan PI Melugu sebagai tempat untuk belajar bagi mempertingkatkan kemahiran beliau dalam membuat kraftangan.

Selain itu, beliau turut menggunakan PI Melugu untuk mempamerkan produk hasil kraftangan beliau di tempat yang telah disediakan oleh PI bagi golongan usahawan.


Jenny anak Dom

Pn. Jenny anak Dom berminat dalam penjualan secara online yang menggunakan facebook sebagai platform. Antara barangan yang dijual adalah seperti beg tangan, perkakasan rumah, barangan eleltronik dan lain-lain lagi.


Darina anak Mexwell

Darina anak Mexwell telah menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu pada bulan December 2017. Sebelum ini, beliau kurang mahir menggunakan Microsoft Office (Words, Powerpoint & Excel), tidak berpengetahuan dalam mengedit gambar dan membuat video serta kurang pengetahuan dalam membuat surat rasmi permohonan kerja.

Selepas menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu, beliau telah memanfaatkan cuti dengan mempelajari ICT sementara menunggu keputusan SPM. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Darina anak Mexwell sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga telah mempelajari cara untuk mengedit gambar dan membuat video, membuka akaun email, akaun blog, membuat resume serta membuat surat rasmi permohonan kerja menggunakan format yang betul.

Kini beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Harapan beliau adalah dapat memanfaatkan ilmu dan pengetahuan yang telah dipelajari dengan sebaiknya pada masa hadapan khususnya di alam pekerjaan.


Anesia anak Leonard

Anesia anak Leonard telah menjadi ahli Pusat Internet 1 Malaysia Melugu pada bulan Mac 2018. Sebelum ini, beliau kurang mahir dalam penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Beliau juga kurang pengetahuan dalam membuat surat rasmi untuk memohon pekerjaan.

Selepas menjadi ahli PI Melugu, beliau yang merupakan pelajar lepasan SPM tidak melepaskan peluang untuk mempelajari penggunaan ICT kerana beliau sedar tentang kepentingan ICT dalam kehidupan seharian. Kini, beliau semakin mahir menggunakan ICT seperti Microsoft Office (Words, Powerpoint & Excel) dan membuat resume. Beliau juga telah mengetahui cara membuat surat rasmi permohonan kerja menggunakan format yang betul.


Rose anak Ganya

Pn. Rose anak Ganya amat berminat dalam seni anyaman sejak tahun 2000. Pelbagai produk yang telah beliau hasilkan mengikut permintaan pelanggannya dengan harga yang berpatutan. Antara Produk yang dihasilkan oleh beliau adalah seperti yang terdapat dalam gambar.Untuk sebarang tempahan, pelanggan boleh datang terus ke kediaman beliau di alamat No 7, Jalan Ridan, Melugu Skim, 95000 Sri Aman, Sarawak ataupun ke PI Melugu untuk sebarang pertanyaan.


Rebeka Jabai anak Jim

Cik Rebeka Jabai anak Jim merupakan pelajar lepasan SPM 2017.Beliau amat berbakat dan berminat dalam membuat doorgift yang berbentuk anyaman. Beliau juga turut menghasilkan doorgift mengikut permintaan pelanggannya. Untuk sebarang tempahan, pelanggan boleh datang terus ke kediaman beliau di alamat No 7, Jalan Ridan, Melugu Skim, 95000 Sri Aman, Sarawak ataupun ke PI Melugu untuk sebarang pertanyaan.


Nieltadie Kubiah anak Ngaji

Adik Nieltadie Kubiah anak Ngaji merupakan seorang ahli sejak awal penubuhan Pusat Internet Melugu. Sebelum mengikuti kelas di PI Melugu, beliau kurang pendedahan dan kurang berkemahiran dengan teknologi ICT. Beliau juga kurang pemahaman tentang kegunaan ICT dalam kehidupan seharian dan kurang terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT.

Selepas penubuhan Pusat Internet Melugu, beliau selalu berkunjung ke Pusat Internet Melugu dan sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan oleh PI Melugu. Antara pelajaran yang dipelajari oleh adik Nieltadie Kubiah anak Ngaji sepanjang mendapat bimbingan di PI Melugu ialah kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga selalu menghadiri kelas advokasi.

Kini beliau sudah semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel dan menyedari kepentingannya dalam kehidupan seharian. Beliau turut memanfaatkan penggunaan media sosial seperti youtube denagn lebih baik dan bijak dengan melayari benda-benda yang berunsur pendidikan. Beliau turut berkongsi pengalaman berkaitan dengan advokasi seperti Check Your Label, e-waste & KDB dengan rakan-rakan yang lain.


Jerico Rovel anak Jenson

Adik Jerico Rovel anak Jenson merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Melugu sejak awal penubuhan PI Melugu. Beliau berumur 12 tahun dan merupakan pelajar darjah 6 di SK Melugu. Sebelum ini, adik Jerico kurang mahir dalam penggunaan peralatan komputer dan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint & Excel. Beliau juga tidak berpengetahuan dalam isu-isu berkaitan ICT serta kurang pemahaman tentang penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Dengan penubuhan PI Melugu, adik Jerico Rovel kerap melibatkan diri dalam kelas-kelas yang diadakan oleh PI Melugu untuk menambah ilmu pengetahuan dan memperdalam kemahiran penggunaan komputer. Hasilnya, beliau semakin mahir menggunakan Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel serta penglibatan dalam pertandingan ICT yang diadakan di PI. Beliau turut terdedah dengan isu-isu semasa yang berkaitan dengan ICT melalui penglibatan dalam kelas advokasi.


Dom anak Bujang

En. Dom anak Bujang telah membuka perniagaan kedai runcit baru-baru ini yang menjual barangan keperluan harian seperti barangan makanan dan minuman. Kedai beliau yang diberi nama Dom Mini Mart terletak di Jalan Ridan, Melugu Skim beroperasi setiap hari kecuali Cuti Umum. Kedai beliau turut menjadi tempat persinggahan penduduk sekitar sebelum pergi dan balik dari tempat kerja. Selain itu, beliau juga menawarkan perkhidmatan menjual kad reload, mencetak dan fotokopi dengan harga yang berpatutan.


Ng Siaw Hong

Pn Ng Siaw Hong berminat dalam penjualan barangan secara online yang menggunakan Facebook dan Whatsapp sebagai platform. Beliau merupakan agen sah Sahajidah Hai-O Merketing Sdn Bhd bermula dari 24 Mac 2016 sehingga sekarang yang menjual pelbagai produk kesihatan dan penjagaan diri seperti MinKaffe, MinCha, Marine Essence, Herba Maharani, BioSeleza dan lain-lain lagi.

Untuk sebarang tempahan, beliau boleh dihubungi di talian 012 – 8575632 atau page Facebook : siaw hong ng. Pelanggan juga boleh datang terus ke kedai beliau yang beralamat di G.P. Construction, No. 7, Mini Lockup Shop, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman, Sarawak.


Siak anak Gaek

Pn. Siak anak Gaek merupakan salah seorang peniaga yang menjual makanan dan minuman di hadapan SK Melugu dan SMK Melugu pada setiap hari kecuali hujung minggu. Pelbagai jenis kuih-muih menjadi tarikan pelanggan seperti kuih gelang, karipap, kuih lapis, mee goreng, kuetiaw goreng, dan air sirap. Untuk sebarang tempahan, pelanggan boleh menghubungi beliau di talian 019-8485486 atau berkunjung terus ke rumah beliau yang beralamat di Rumah Mawan anak Edwin, Melugu Tembawai, 95000 Sri Aman, Sarawak.